Copper merupakan mineral yang penting bagi diet bebiri
kerana ia diperlukan untuk proses fizikal dan kimia yang berlaku didalam
tubuhnya. Ia penting untuk :-
1. Metabolisma zat besi
2. Formasi sel darah merah
3. Penghasilan kulit dan pigmen bulu (melanin)
4. Formasi Myelin – bahan yang menyokong dan
melindungi sistem saraf utama
5. Penghasilan bulu dan terbabit dalam imunisasi
melawan penyakit
Keperluan copper adalah bergantung kepada diet harian dan
faktor genetik bebiri tersebut. Apa yang dimakan, jenis rumput,faktor2 ini membuatkan keperluan sebenar amat sukar
ditentukan. Tetapi, faktor utama yang mempengaruhi pengambilan copper adalah
bergantung kepada kandungan MOLYBDENUM dan SULFUR. Mineral ini mempengaruhi
kadar penyerapan copper didalam tubuh bebiri.
Baka juga mempengaruhi kadar keperluan copper. Ini terjadi
kerana kadar penyerapan copper yang berbeza dan kepekatan copper didalam hati
dan darah yang berbeza. Kajian mendapati baka Malin dan kacukannya mengalami keracunan
apabila diberi PKC berbanding dengan bebiri Santa Ines.
Diet harian bebiri untuk mineral copper adalah 5ppm sehari
(5mg/kg). Kandungan melebihi 25mg/kg copper didalam badan bebiri akan menyebabkan
berlakunya keracunan copper. PKC mempunyai kandungan copper 20%-29% dan julat
ini sudah menghampiri takat keracunan copper. Kajian mendapati pemberian 50% PKC daripada diet makanan
harian pada bebiri Malin akan menyebabkan keracunan copper dan Malin mati dalam
masa 2hari.
Bagaimana keracunan ini berlaku? Ia melibatkan 2 fasa proses
iaitu
1.
Pengumpulan copper didalam hati dlm masa
tertentu.
2.
Pembebasan copper dari hati kedalam darah secara
mengejut.
Copper boleh disimpan didalam hati dalam jangkamasa yang
lama, bergantung pada banyak faktor.
Keracunan berlaku apabila berlakunya stress pada bebiri (disebbkan oleh
cuaca, penyakit atau perpindahan tempat) dimana hati akan melepaskan copper
secara terus kedalam darah dengan cepat dan mengejut. Pelepasan ini menyebabkan
sel darah merah rosak. Hemoglobin yang membawa oksigen keseluruh badan telah
bertukar menjadi methemoglobin. Methemoglobin ini tidak dapat membawa oksigen
ke tisu badan. Buah pinggang cuba untuk menapis jumlah besar hemoglobin dan sel
darah merah serpihan dan menjadi tersumbat, mengalami kerosakan yang teruk.
Gejala yang berkaitan adalah anemia, jaundis (icterus) yang boleh dilihat
sebagai membran, kuning pucat. Air kencing menjadi warna coklat merah gelap. Bebiri
yang terjejas adalah anorexic, lesu dan sangat dahaga. Keadaan ini akan
menyebabkan kematian.
Untuk mengelakkan berlaku keracunan Copper (Cu) apabila
bebiri memakan PKC, Molybdenum(Mo) digunakan untuk menyerap copper dimana Mo
akan membentuk ikatan taklarut dengan Cu. Jika Mo kurang dari 1ppm,
kebarangkalian berlakunya keracunan adalah tinggi, dah sekiranya Mo lebih dari
10ppm, maka banyak copper akan diserap dan bebiri akan mengalami kekurangan
copper. Selain itu, sulfur juga boleh ditambah untuk mengurangkan penyerapan
copper.
Kesimpulannya :-
PKC masih boleh diberikan kepada bebiri tetapi dengan
kuantiti yang terkawal. Pemberian PKC melebihi 50% boleh menyebabkan berlakunya
keracunan copper (bergantung kepada baka). Sebagai contoh, kita boleh memberi
PKC pada kadar 250gram sehari (7.5ppm Cu) kerana garam jilatan, foraj, dedak, multivitamin
premix dan bijirin juga mempunyai kandungan copper. Selain itu, pengambilan
diet Copper:Molybdenum pada nisbah 2:1 boleh digunakan untuk mengelakkan
berlakunya keracunan copper.