Monday, January 14, 2013

Performance 2012

Tahun 2012 merupakan tahun yang memberansangkan dari segi kelahiran. Tetiba aku dah rasa kandang aku dh crowded, tak cukup nk tampung kelahiran 2013. aku pun dh start pening kepala nie, nak pinjam bank, bank pun tengok aku sebelah mata. haha. kalo boleh aku taknak loan yang ada riba. 



Setelah di teliti, banyak anak kambing aku mati sebb mak dia kene mastitis tahap akhir (susu tak keluar langsung). Anak tak dapat susu kolostrum, memang takde harapan nk teruskan hidup. So aku hukum sembelih 3 ekor ibu yang kene mastitis nie.

Lagi satu sebb kematian adalah kerana serangan anjing liar lepas hari raya posa lepas. Kematian sebab sakit adalah minima (1ekor). Aku ada gak angan2 nk bela anjing, tapi tak tau nk mengayakan camne. Haha

Wednesday, January 9, 2013

Projek Pasang Pagar

Sekarang nie aku tengah buat pagar kat sekeliling kandang aku. Ada la luas dia 2 ekar. Skarang nie baru siap 50%, tiang pagar xcukup, kene order lagi. Pintu gate pun xbuat lagi, tunggu budget 2013. Haha.Dengan ada pagar nie, sekurang2nya xde la anjing liar masuk kat kawasan kandang aku. lagipun sekarang nie tengah musim curi kambing. member aku kene curi 40ekor,pencuri tu buat keje pkul 4 petang. berani n professional betul. Mintak2 la dijauhkan semua benda2 nie. 

Laailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzalimin.
Amin



1st time pasang pagar, dibantu adik n pekerja indonesia








Wednesday, January 2, 2013

Target tahun Baru

Selamat tahun baru semua. Apa azam tahun nie? Azam aku tahun nie nak kurangkan kadar kematian anak bebiri seterusnya menambahbiak bebiri yang sedia ada. Tahun 2012 tahun yang mencabar. Bebiri aku 7 ekor jadi mangsa kebuasan anjing2 liar yang datang tak diundang. Kadar kematian anak bebiri masih tinggi - 21%. Banyak anak yang mati sebb ibu dia kene mastitis. Next post aku akan display performance all bebiri tahun lepas.


Anak- anak batch bulan Disember 2012. Ada 20 ekor semuanye
 
Seronok tengok anak2 dorper posing..haha



Bapak no 1 tengah tekun makan. Kecik nama dia!!


Lunch Hour. Masa nie aku pun dh rilek2 je sbb kambing dh tekun makan