Friday, February 15, 2013

PKC – Pembunuh Senyap Sang Bebiri (Part 2)


Copper merupakan mineral yang penting bagi diet bebiri kerana ia diperlukan untuk proses fizikal dan kimia yang berlaku didalam tubuhnya. Ia penting untuk :-

        1. Metabolisma zat besi
        2.  Formasi sel darah merah
              3. Penghasilan kulit dan pigmen bulu (melanin)
              4. Formasi Myelin – bahan yang menyokong dan melindungi sistem saraf utama
              5. Penghasilan bulu dan terbabit dalam imunisasi melawan penyakit

Keperluan copper adalah bergantung kepada diet harian dan faktor genetik bebiri tersebut. Apa yang dimakan, jenis rumput,faktor2  ini membuatkan keperluan sebenar amat sukar ditentukan. Tetapi, faktor utama yang mempengaruhi pengambilan copper adalah bergantung kepada kandungan MOLYBDENUM dan SULFUR. Mineral ini mempengaruhi kadar penyerapan copper didalam tubuh bebiri.

Baka juga mempengaruhi kadar keperluan copper. Ini terjadi kerana kadar penyerapan copper yang berbeza dan kepekatan copper didalam hati dan darah yang berbeza. Kajian mendapati baka Malin dan kacukannya mengalami keracunan apabila diberi PKC berbanding dengan bebiri Santa Ines.

Diet harian bebiri untuk mineral copper adalah 5ppm sehari (5mg/kg). Kandungan melebihi 25mg/kg copper  didalam badan bebiri akan menyebabkan berlakunya keracunan copper. PKC mempunyai kandungan copper 20%-29% dan julat ini sudah menghampiri takat keracunan copper. Kajian mendapati  pemberian 50% PKC daripada diet makanan harian pada bebiri Malin akan menyebabkan keracunan copper dan Malin mati dalam masa 2hari.

Bagaimana keracunan ini berlaku? Ia melibatkan 2 fasa proses iaitu
1.       Pengumpulan copper didalam hati dlm masa tertentu.
2.       Pembebasan copper dari hati kedalam darah secara mengejut.

Copper boleh disimpan didalam hati dalam jangkamasa yang lama, bergantung pada banyak faktor.  Keracunan berlaku apabila berlakunya stress pada bebiri (disebbkan oleh cuaca, penyakit atau perpindahan tempat) dimana hati akan melepaskan copper secara terus kedalam darah dengan cepat dan mengejut. Pelepasan ini menyebabkan sel darah merah rosak. Hemoglobin yang membawa oksigen keseluruh badan telah bertukar menjadi methemoglobin. Methemoglobin ini tidak dapat membawa oksigen ke tisu badan. Buah pinggang cuba untuk menapis jumlah besar hemoglobin dan sel darah merah serpihan dan menjadi tersumbat, mengalami kerosakan yang teruk. Gejala yang berkaitan adalah anemia, jaundis (icterus) yang boleh dilihat sebagai membran, kuning pucat. Air kencing menjadi warna coklat merah gelap. Bebiri yang terjejas adalah anorexic, lesu dan sangat dahaga. Keadaan ini akan menyebabkan kematian.

Untuk mengelakkan berlaku keracunan Copper (Cu) apabila bebiri memakan PKC, Molybdenum(Mo) digunakan untuk menyerap copper dimana Mo akan membentuk ikatan taklarut dengan Cu. Jika Mo kurang dari 1ppm, kebarangkalian berlakunya keracunan adalah tinggi, dah sekiranya Mo lebih dari 10ppm, maka banyak copper akan diserap dan bebiri akan mengalami kekurangan copper. Selain itu, sulfur juga boleh ditambah untuk mengurangkan penyerapan copper.

Kesimpulannya :-

PKC masih boleh diberikan kepada bebiri tetapi dengan kuantiti yang terkawal. Pemberian PKC melebihi 50% boleh menyebabkan berlakunya keracunan copper (bergantung kepada baka). Sebagai contoh, kita boleh memberi PKC pada kadar 250gram sehari (7.5ppm Cu) kerana garam jilatan, foraj, dedak, multivitamin premix dan bijirin juga mempunyai kandungan copper. Selain itu, pengambilan diet Copper:Molybdenum pada nisbah 2:1 boleh digunakan untuk mengelakkan berlakunya keracunan copper.

PKC - Pembunuh Senyap Sang Bebiri (Part 1)


Ok tak tajuk atas tu? Nampak mcm ganas je kan. Hahaha. Tapi itulah kenyataannya. Masa mula2 bela bebiri dulu mmg dh ada plan nk masukkan PKC nie dalam diet bebiri aku. Ditakdirkan satu hari masa aku nakpegi beli dedak kat Siva Brothers sbb, terjumpa la sorang doktor haiwan swasta kat situ. Aku berbual2 dengan dia, dia tanya apa yang aku bagi makan kat bebiri aku, aku terangkanlah semuanya. Tiba part nk bagi PKC, dia mula bukak cerita. Dia kata PKC xboleh bagi banyak sebb ada copper yang tinggi. Bebiri akan keracunan dan mati mengejut. Aku pun terkejut dengar. Haha. Thanks to Dr.Azman. Ada gak kandang2 yang aku pegi melawat dia bagi PKC, tapi xbanyak, bukan diet utama. Dalam dedak yang kita beli pun ada PKM, tapi kuantiti yang terhad. Bro Feral-KK pun ada bukak topik nie,lagi buat aku tertanya2. Aku perlukan pencerahan ilmiah untk mencari kebenaran pasal PKC nie.

PKC dihasilkan dari kernel kelapa sawit yang telah mengalami proses pengektrakan expeller. Ia bewarna coklat dan mempunyai komposisi kimia dan mineral yang pelbagai. Ia mempunyai kandungan protein yang rendah dan boleh dikategorikan sebagai pemberi tenaga kepada bebiri. Komposisi kimia PKC adalah sama dengan dedak beras dan jagung. Ia memadai untuk memenuhi keperluan pemakanan haiwan ruminan.


PKC juga membekalkan mineral utama dalam julat yang diterima. Akan tetapi, nisbah Kalsium:Fosforus adalah rendah dan tidak mencapai tahap keperluan diet ruminan. Maka sumber kalsium luaran perlu bagi menampung kekurangan ini.


Kandungan copper yang tinggi amat tidak sesuai untuk diet seekor bebiri. Ia boleh menyebabkan berlakunya keracunan copper. Jom kita selidik PKC nie boleh bagi kat bebiri ke tak? Kalo boleh mcmana caranya? Penggalian ilmu diteruskan......

Friday, February 1, 2013

Pemandulan : Perlu Ke?

Pemandulan adalah salah satu cara mengawal induk jantan yang berkualiti rendah dari mengawan. Salah satu kaedah pemandulan adalah menggunakan BURDIZZO. Burdizzo merupakan satu pengapit besar yang direka untuk memecahkan saluran darah menuju ke zakar. Apabila bekalan darah ke buah zakar hilang, nekrosis testis berlaku, dan buah zakar mengecut, melembutkan, dan akhirnya merosot sepenuhnya.

Rajah 1 : Burdizzo
Cara ni tak menyebabkan sebarang pendarahan,cuma kambing/bebiri yang dikimili akan mengalami 'bentan' selama 2-3 hari. Cam org sunat la, jalan pun slow n mengengkang aje. Haha.

Rajah 2 : Salur darah yang dpecahkan
Kaedah ini amat sesuai untuk mereka yang menternak kambing/bebiri secara semi intensif. Tak payah pening kepala tengok kambing/bebiri jantan berebut nak mengawan bila meragut bebas. Lagipun kita dapat kawal dari berlakunya inbreeding.

Boleh ke aqiqah kambing/bebiri yang dikimili? Jawapannye boleh sebb tujuan kimili adalah untuk memperbanyakkan daging.