Friday, February 15, 2013

PKC – Pembunuh Senyap Sang Bebiri (Part 2)


Copper merupakan mineral yang penting bagi diet bebiri kerana ia diperlukan untuk proses fizikal dan kimia yang berlaku didalam tubuhnya. Ia penting untuk :-

        1. Metabolisma zat besi
        2.  Formasi sel darah merah
              3. Penghasilan kulit dan pigmen bulu (melanin)
              4. Formasi Myelin – bahan yang menyokong dan melindungi sistem saraf utama
              5. Penghasilan bulu dan terbabit dalam imunisasi melawan penyakit

Keperluan copper adalah bergantung kepada diet harian dan faktor genetik bebiri tersebut. Apa yang dimakan, jenis rumput,faktor2  ini membuatkan keperluan sebenar amat sukar ditentukan. Tetapi, faktor utama yang mempengaruhi pengambilan copper adalah bergantung kepada kandungan MOLYBDENUM dan SULFUR. Mineral ini mempengaruhi kadar penyerapan copper didalam tubuh bebiri.

Baka juga mempengaruhi kadar keperluan copper. Ini terjadi kerana kadar penyerapan copper yang berbeza dan kepekatan copper didalam hati dan darah yang berbeza. Kajian mendapati baka Malin dan kacukannya mengalami keracunan apabila diberi PKC berbanding dengan bebiri Santa Ines.

Diet harian bebiri untuk mineral copper adalah 5ppm sehari (5mg/kg). Kandungan melebihi 25mg/kg copper  didalam badan bebiri akan menyebabkan berlakunya keracunan copper. PKC mempunyai kandungan copper 20%-29% dan julat ini sudah menghampiri takat keracunan copper. Kajian mendapati  pemberian 50% PKC daripada diet makanan harian pada bebiri Malin akan menyebabkan keracunan copper dan Malin mati dalam masa 2hari.

Bagaimana keracunan ini berlaku? Ia melibatkan 2 fasa proses iaitu
1.       Pengumpulan copper didalam hati dlm masa tertentu.
2.       Pembebasan copper dari hati kedalam darah secara mengejut.

Copper boleh disimpan didalam hati dalam jangkamasa yang lama, bergantung pada banyak faktor.  Keracunan berlaku apabila berlakunya stress pada bebiri (disebbkan oleh cuaca, penyakit atau perpindahan tempat) dimana hati akan melepaskan copper secara terus kedalam darah dengan cepat dan mengejut. Pelepasan ini menyebabkan sel darah merah rosak. Hemoglobin yang membawa oksigen keseluruh badan telah bertukar menjadi methemoglobin. Methemoglobin ini tidak dapat membawa oksigen ke tisu badan. Buah pinggang cuba untuk menapis jumlah besar hemoglobin dan sel darah merah serpihan dan menjadi tersumbat, mengalami kerosakan yang teruk. Gejala yang berkaitan adalah anemia, jaundis (icterus) yang boleh dilihat sebagai membran, kuning pucat. Air kencing menjadi warna coklat merah gelap. Bebiri yang terjejas adalah anorexic, lesu dan sangat dahaga. Keadaan ini akan menyebabkan kematian.

Untuk mengelakkan berlaku keracunan Copper (Cu) apabila bebiri memakan PKC, Molybdenum(Mo) digunakan untuk menyerap copper dimana Mo akan membentuk ikatan taklarut dengan Cu. Jika Mo kurang dari 1ppm, kebarangkalian berlakunya keracunan adalah tinggi, dah sekiranya Mo lebih dari 10ppm, maka banyak copper akan diserap dan bebiri akan mengalami kekurangan copper. Selain itu, sulfur juga boleh ditambah untuk mengurangkan penyerapan copper.

Kesimpulannya :-

PKC masih boleh diberikan kepada bebiri tetapi dengan kuantiti yang terkawal. Pemberian PKC melebihi 50% boleh menyebabkan berlakunya keracunan copper (bergantung kepada baka). Sebagai contoh, kita boleh memberi PKC pada kadar 250gram sehari (7.5ppm Cu) kerana garam jilatan, foraj, dedak, multivitamin premix dan bijirin juga mempunyai kandungan copper. Selain itu, pengambilan diet Copper:Molybdenum pada nisbah 2:1 boleh digunakan untuk mengelakkan berlakunya keracunan copper.

6 comments:

  1. salam naxz,
    tidak digalakkan memberi pkc kepada bebiri..risiko tinggi walaupun campur dengan bahan tu..lebih baik bagi palet, senang..

    aku bercakap mengenai pengalaman la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud aku pkc/pke mentah..raw pke/pkc..

      lembu ok..takde masalah..

      Delete
    2. Lembu n kambing xde masalah sebb ruminan ni boleh tolerasi dgn cooper smpai 10 kali ganda.masalah kt bebiri aje.saya pun xpenah bg pkc kat bebiri saya,tapi sya penah tgk penternak bg pkc kt bebiri dia dgn amount yg skit.

      Delete
  2. bnda kecil je tp kesan sgt besar pd biri2.ada shbat pntrnak bg dedak ayam kt biri2,nseb baik smpat dnasihatkn..kndgn Cu dlm dedak ayam dlm 100ppm rsenya sbb monogastrik xde mslh dgn Copper toxicity.hihi..sapa penah bg pelet berasaskn PKC/PKE pd biri2 cth mcm Biopalma buatn Felda.den bagi hri tu ada sekor anak umur dlm 5-6bulan mati trcekik plak.adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dedak ayam xsesuai untuk ruminan sebb perut ayam menggunakan enzim, perut ruminan menggunakan bakteria. Ada otai kat sini pakai dedak ayam + hampas soya + daun kelapa sawit di chop, tapi bebiri dia xbaper nk perform. nak tegur otai plak,segan nk tgur. dedak ayam kan mahal dekat rm100 sebeg, better beli dedak bebiri, bleh dpt 2beg.

      Biopalma payah nk dpt kat area sini. murahkan bro. saya pun xpenah pkai dedak yang banyak PKC nie. kalo kambing xde masalah, bebiri je yang cerewet skit

      Delete
  3. ada no contact tak saudara? ingat nak tanya mana beli dorper tu..

    ReplyDelete