Friday, February 15, 2013

PKC - Pembunuh Senyap Sang Bebiri (Part 1)


Ok tak tajuk atas tu? Nampak mcm ganas je kan. Hahaha. Tapi itulah kenyataannya. Masa mula2 bela bebiri dulu mmg dh ada plan nk masukkan PKC nie dalam diet bebiri aku. Ditakdirkan satu hari masa aku nakpegi beli dedak kat Siva Brothers sbb, terjumpa la sorang doktor haiwan swasta kat situ. Aku berbual2 dengan dia, dia tanya apa yang aku bagi makan kat bebiri aku, aku terangkanlah semuanya. Tiba part nk bagi PKC, dia mula bukak cerita. Dia kata PKC xboleh bagi banyak sebb ada copper yang tinggi. Bebiri akan keracunan dan mati mengejut. Aku pun terkejut dengar. Haha. Thanks to Dr.Azman. Ada gak kandang2 yang aku pegi melawat dia bagi PKC, tapi xbanyak, bukan diet utama. Dalam dedak yang kita beli pun ada PKM, tapi kuantiti yang terhad. Bro Feral-KK pun ada bukak topik nie,lagi buat aku tertanya2. Aku perlukan pencerahan ilmiah untk mencari kebenaran pasal PKC nie.

PKC dihasilkan dari kernel kelapa sawit yang telah mengalami proses pengektrakan expeller. Ia bewarna coklat dan mempunyai komposisi kimia dan mineral yang pelbagai. Ia mempunyai kandungan protein yang rendah dan boleh dikategorikan sebagai pemberi tenaga kepada bebiri. Komposisi kimia PKC adalah sama dengan dedak beras dan jagung. Ia memadai untuk memenuhi keperluan pemakanan haiwan ruminan.


PKC juga membekalkan mineral utama dalam julat yang diterima. Akan tetapi, nisbah Kalsium:Fosforus adalah rendah dan tidak mencapai tahap keperluan diet ruminan. Maka sumber kalsium luaran perlu bagi menampung kekurangan ini.


Kandungan copper yang tinggi amat tidak sesuai untuk diet seekor bebiri. Ia boleh menyebabkan berlakunya keracunan copper. Jom kita selidik PKC nie boleh bagi kat bebiri ke tak? Kalo boleh mcmana caranya? Penggalian ilmu diteruskan......

11 comments:

  1. yess..kaji dan kaji bro,barulah akn jumpa jwapanya.den pun xingt sbb ape den post psal Copper Toxicity tu tp rsanya sbb ada pntrnk biri yg bgtau biri dia mati dlm puluh2 ekor sbb bg raw PKC/PKE..dn startdr itulah den kaji psl Copper ni..bnda kecil je COpper ni tp kesan dia..perghhh..menikam poket la kalu kena..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hrga pkc mmg murah tpi klo kita xtau mmg naya la jwbnye

      Delete
  2. harap benar nak tahu dimana saudara beli kambing dorper tu? kelahiran tempatan atau import? saudara jual tak anak kambing jantan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak jantan saya ada jual. tapi yang ada stok skrg xcerai susu lagi.induk dulu saya beli dr pbramunia.blogspot.com.xbanyak yang saya beli, ada dlm 7 ekor je. skrg nie dh banyak kelairan tempatan. ada gak yang cross santa ines n barbados

      Delete
    2. Owh Bro Naxz beli dr PB Ramunia rupanya..den nk taula cmna prestasi Dorper batch mula2 tu bro.dr sgi kdar klahiran,jarak antara kelahiran,pnyakit..kalu bro ada rekodla kalu xda bleh agak2 x bro..yg 7ekor tu ada yg mati x bro dlm tmpoh 6blan awal bela di kndg bro?..hehe

      Delete
    3. Alhamdulillah hanya sekor aje yang mati sebb anjing. yang lain masih idup. cepat adaptasi, kurang penyakit. cuma ada sekor kene mastitis puting sebelah.

      secara purata, kesemua jarak kelahiran 7bulan,cuma ada sekor 6 bulan.kebanyakannya dpt anak jantan. 80% lbh kurang.xtau mana silap dia, disebbkan pejantan atau dll. tapi anak jantan pun syukur jugak, cukup 6 bulan saya jual kalo ada org nak.RM jugak tu. saya jual sbb saya xnak berlaku inbreeding. Twin birth dlm 20% aje.

      Delete
    4. ok jgakla Dorper ni ye.sbb ada kwn bgtau Dorper xleh survive mragut kt ngara kita.byk yg terbungkang bla lpas mragut.tp kalu biri bro ok mgkin fkta tu slah kot..den pun brmnat jgk nk tgok Dorper di kndg bro ni.nnti apa2 hal den emel la ye..tq bro..:-)

      Delete
    5. Saya tak tau la kalo kat kandang lain. mungkin ada silap pemakanan agaknya. tapi masa mula2 masuk kebun sawit, nak lompat pelepah pun xpandai. skali terpijak duri terpekik terlolong.haha

      Delete
  3. ada no contact tak bro?

    ReplyDelete
  4. boleh lawat farm tak? johor kat mana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kat kota tinggi. nak dtg bleh je, tapi saya kandang kampung aje.hehe. apa2 bro bleh email saya kat naxz78@gmail.com

      Delete